Translate

Tuesday, August 12, 2014

INFO TERKINI LOKASI BANJIR DI KUANTAN

Bilik Gerakan Banjir
09-5143799
Sila hubungi jika perlu bantuan.


Utk makluman
PKOB Kuantan telah di buka secara rasmi jam 1800 hrs.
Pengaturan penugasan peg ang PKOB ada 5 team. Team A,B,C,D,E dengan kekuatan setiap team 1 Asp, 1 Insp, 6 Apr dan 1 KTA.

Team pertama mulai bertugas 1800-2359 Team B

Pasukan penyelamat telah di bahagi mengikut zon-zon yg ditetapkan melibatkan beberapa agensi seperti berikut:

- PDRM:
a. IPD
- 1 Asp, 15 Apr (dlm bandar Kuantan Zon A dan
- 1 Sm, 8 apr (zon beserah)
- 1 Sm, 6 apr (Sg. Lembing)
- 1 SI, 6 apr (Zon j. Gasing)
b. PGA
- 1 seksyen 1 insp 13 apr
(2 x L/rover, 1 m/lori, 1 bot)
- BOMBA: Zon A, Zon B, Zon Jaya Gading,
44 Ang (4 x m/van, 4 m/lori, 5 x 4x4.
- JPAM: Zon A, B, zon J.gading, Zon kempadang,
17 ang (1 m/lori, 1 4x4, 1×bot)
- 12 RAMD 2 team
Team 1 (Zon A, B dlm bandar)
5 ang ( 1 x m/lori)
Team 2 (Zon j/gading/kg. Sri damai) 8 ang (1 x m/lori)
Setakat ni arahan KPD Kuantan agensi2 lain belum di maklumkan berikutan amaran banjir belum aktif.

Jalan2 yg tidak boleh dilalui akibat limpahan air.
1. Km 28 jln sg. Lembing
2. Bt.3 jln. Kuantan Gambang
3. Persimpangan hadapan wisma belia di bawah jejambat kuantan bypass.
4. Jalan Tok Sira hadapan Kimia.
5. Pintasan bukit setongkol menghala ke Giant.
6. Jalan kuantan maran hadapan gambang resort.


Jumlah Pusat Pemindahan dan mangsa pemindahan bagi daerah kuantan.
02/12/2013 sehingga jam 1100hrs

pusat pemindahan : 9
Jumlah mangsa:486

Antaranya adalah:
1) Balai Raya Kampung Chenor
Jum keluarga: 2
Jum mangsa: 8
Lelaki dewasa: 3
Perempuan dewasa: 3
Kanak2 lelaki: 1
Kanak2 perempuan: 1

2) Balai Polis Sungai Lembing
Jum keluarga: 1
Jum mangsa: 9
Lelaki dewasa: 1
Perempuan dewasa: 2
Kanak2 lelaki: 2
Kanak2 perempuan: 2
Bayi lelaki : 2

3) Dewan orang ramai balok
Jum keluarga: 13
Jum mangsa: 59
Lelaki dewasa: 20
Perempuan dewasa: 17
Kanak2 lelaki: 16
Kanak2 perempuan: 5
Lain lain: 1

4) SMART
Jum keluarga: 31
Jum mangsa : 115
Lelaki dewasa: 28
Perempuan dewasa: 45
Kanak2 lelaki: 23
Kanak2 perempuan: 18
Bayi lelaki : 1

5) Balai raya kampung pahang
Jum keluarga: 11
Jum mangsa : 40
Lelaki dewasa: 8
Perempuan dewasa: 8
Kanak2 lelaki: 12
Kanak2 perempuan: 7
Bayi lelaki : 5
Lain lain : 3

6) SRJ(c) Chung Ching
Jum mangsa:51

7) SK Pandan
Jumlah mangsa:masih belum diperolehi.

Balai Raya Kampung Alor Ladang.
Jum keluarga: 12
Jum Mangsa: 58
Lelaki dewasa: 8
Perempuan dewasa: 25
Kanak2 lelaki: 11
Kanak2 perempuan: 10
Bayi lelaki : 2
Bayi perempuan : 2

9) SK Cenderawasih
Jum keluarga: 33
Jum mangsa: 146
Lelaki dewasa: 40
Perempuan dewasa: 40
Kanak2 lelaki: 26
Kanak2 perempuan: 29
Bayi lelaki: 5
Lain lain : 6
Sekian utk makluman









Infor  berita dari >Klick Sini<

Gambar Banjir Di Kuantan Pahang Terkini Disember 2012

Gambar sekitar banjir di Kuantan Pahang yang terkini pada disember 2012. Hujan kilat yang berlarutan merupakan punca kepada kuantan yang banjir di daerah tersebut. Kejadian itu juga menyebabkan beberapa jalan utama di pusat bandar mengalami kesesakan lalu lintas setelah jalan raya dinaiki air sedalam 1.5 meter. Di beberapa kawasan sekitar pusat bandar mendapati banyak kenderaan yang terkandas di jalan raya dan beberapa premis serta pusat beli-belah utama terpaksa menutup perniagaan akibat situasi yang tidak terduga itu. Orang awam perlu mendapatkan maklumat terkini banjir dilaman http://portalbanjir.mkn.gov.my
banjir di kuantan terkini banjir di kuantan banjir di kuantan 406709_521304621237800_1569418275_n banjir

Sumber: Gambar Banjir Di Kuantan Pahang Terkini Disember 2012 | melvister.com

Batu Pahat, Johor

Batu Pahat  dilanda banjir kilat  
Keadaan banjir kilat yang menenggelamkan sebahagian kawasan SMKPTI selepas dilanda hujan lebat pagi semalam. - Foto Mustapha Ismail Batu Pahat: Hujan lebat lebih sejam menyebabkan beberapa kawasan rendah di daerah ini dilanda banjir kilat, semalam.

Air melimpah berikutan hujan sejak jam 5 pagi, turut menjejaskan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Temenggong Ibrahim (SMKPTI) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yeong Chang. 


Sumber Gambar : Berita Harian

Monday, June 16, 2014

Banjir kilat KL kembali!

Banjir kilat di KL, sekali lagi...

Banjir kilat telah melanda beberapa kawasan di Kuala Lumpur, berikutan hujan lebat yang bermula pada kira-kira pukul 2.30 petang.


Air semakin meningkat pada jalan-jalan utama termasuk Jalan Bangsar dan Jalan Semantan, mengikut Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (Itis) amaran.


Pengguna Twitter juga berkongsi gambar-gambar dan amaran kenaikan air di Jalan Mahameru, Jalan Duta, Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Kia Peng.

Beberapa gambar menunjukkan air meningkat kepada lebih daripada 30 sentimeter dalam dengan hujan berterusan.


Sementara itu, Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) berkata bahawa perkhidmatan Komuter antara Bank Negara dan Kuala Lumpur terhenti kerana banjir kilat.


Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, hujan lebat akan berterusan sehingga akhir bulan ini apabila kemarau berpanjangan dijangka.

-MKini









Lokasi: Berdekatan Plaza Phoenix Cheras



Lokasi: Jalan Semantan



Lokasi: Taman Teanaga


Lokasi: Segambut

Banjir 4 negeri


MOHD Farhan, 18 dan Mohd Farid, 20 (dua dari kiri) berusaha menyelamatkan lembunya daripada mati lemas akibat banjir yang melanda Kampung Pogoh 2, hari ini. - Foto Sairien Nafis
 

LAUTAN AIR ... Pemandangan kawasan perkampungan yang dilanda banjir di daerah Kluang ketika tinjauan dari udara oleh Skuadron Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk menghantar bekalan makanan ke kawasan yang terputus hubungan, hari ini. - Foto BERNAMA
 

PINDAH...Penduduk sibuk menyelamatkan barang-barang berharga mereka daripada hanyut dibawa arus ketika tinjauan di Kampung Bukit Serok, hari ini. - Foto BERNAMA
 

KEADAAN sekitar pekan dan laluan kereta api yang ditenggelami air sebelum ini sudah kembali pulih selepas air mulai surut dan operasi harian berjalan seperti biasa di Kampung Paya Pulai Segamat, hari ini. - Foto BERNAMA
 

SEBAIK saja tiba daripada lawatan rasmi ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Datuk Seri Najib Razak (gambar kecil) terus memulakan tugas dengan membuat tinjauan udara sekitar kawasan banjir di Segamat dan Labis, Johor, semalam. Najib turut melawat pusat pemindahan banjir dan mengumumkan kerajaan memberi wang ihsan kepada mangsa banjir seluruh negara. - Foto Effendy Rashid/BERNAMA
 

SEBUAH trak tentera yang digunakan untuk memindahkan mangsa dan barangan terbalik ketika meredah banjir di jalan Pekan Segamat, baru-baru ini. - Foto Mohd Yusni Ariffin
 

KEADAAN banjir di Segamat ketika membuat tinjauan udara, baru-baru ini. - Foto Effendy Rashid
 

TINJAUAN dari udara menunjukkan keadaan banjir di sekitar Segamat, Johor, hari ini. - Foto Effendy Rashid
 

KAKITANGAN Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengagihkan bantal kepada mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Asahan, Jasin, berikutan banjir yang melanda seluruh negeri, baru-baru ini. - Foto Rasul Azli Samad
 

HUJAN lebat sejak kelmarin menyebabkan kawasan sekitar Bandar Alor Gajah dilanda banjir kilat mengakibatkan jambatan Sungai Pengkalan di Kampung Pengkalan ditenggelami air. Keadaan itu menyebabkan beribu-ribu pengguna jalan raya yang menuju ke Bandar Alor Gajah, Masjid Tanah dan Bandar Melaka terpaksa berpatah balik selain ramai yang terpaksa mengambil cuti kecemasan. - Foto Shukor Kasim
 
 
 

LUMPUH...Aktiviti harian penduduk daerah Segamat terjejas akibat hujan berterusan yang mengakibatkan banjir teruk melanda pekan itu, hari ini. - Foto Khairil Faizi Jamian
 

HUJAN yang berterusan mengakibatkan paras air sungai meningkat mendadak sehingga ke tahap bahaya dan berlakunya banjir di pekan Segamat, baru-baru ini. - Foto Khairil Faizi Jamian
 

SALAH seorang mangsa banjir, Zainudin Ahmid, 45, berusaha memindahkan barangan elektrik di rumahnya yang ditenggelami air di Kampung Gadek dekat Alor Gajah, baru-baru ini. - Foto Mohd Jamah Nasri
 

ANGGOTA bomba dan penyelamat berusaha menyelamatkan salah seorang penduduk yang terperangkap di rumahnya dalam kejadian banjir yang melanda di Kampung Gadek dalam dekat Alor Gajah, baru-baru ini.- Foto Mohd Jamah Nasri
 

ANGGOTA bomba dan penyelamat berusaha menyelamatkan salah seorang penduduk warga emas, Sekdah Mamad, 76 yang terperangkap di rumahnya di Kampung Gadek dalam dekat Alor Gajah, baru-baru ini. - Foto Mohd Jamah Nasri
 

PENIAGA membersihkan premis perniagaan dan mengasingkan barangan yang rosak dan kotor selepas banjir melanda Pekan Labis, baru-baru ini. - Foto Sairien Nafis
 

PEMANDU kereta Perodua Kelisa memberanikan diri meredah air banjir di persimpangan Plaza Kota Tinggi, baru-baru ini. - Foto NSTP
 

ORANG ramai terpaksa menggunakan laluan kereta api untuk ke Pekan Segamat ekoran jalan utama ke pekan berkenaan dinaiki air akibat banjir. - Foto Mohd Yusni Ariffin
 

TENGGELAM...Banjir yang melanda Stesen Keretapi Gemas hari ini lebih teruk berbanding 2006 sehingga menyebabkan sebahagian besar laluan kereta api di sekitarnya ditenggelami air. - Foto Owee Ah Chun
 

KEADAAN Kampung Bukit Asahan yang dilanda banjir selepas hujan berterusan selama dua hari di Bukit Asahan, Asahan Jasin, baru-baru ini. - Foto Rasul Azli Samad
 

OPERASI menyelamat mangsa banjir yang juga pengundi oleh Jabatan Pertahan Awam di Ladang Voueles pada Pilihanraya Kecil DUN Tenang, baru-baru ini. - Foto Sairien Nafis
 

ANTARA kenderaan yang terperangkap dalam kesesakan akibat jalan di hadapan Balai Polis Tenang dinaiki air selepas hujan lebat berterusan melanda Labis, baru-baru ini. - Foto Sairien Nafis
 

PASUKAN keselamatan membantu memindahkan penduduk menggunakan bot di Kampung Kangkar Tebrau selepas kampung itu dilanda banjir semalam. - Foto Roslan Khamis
 

PELUMBA Le Tour De Langkawi 2011 (LTdL) terpaksa meredah banjir ketika saingan peringkat ke-8 dari Kuala Pilah ke Jasin sejauh 156.5 KM, baru-baru ini.