MOHD Farhan, 18 dan Mohd Farid, 20 (dua dari
kiri) berusaha menyelamatkan lembunya daripada mati lemas akibat banjir
yang melanda Kampung Pogoh 2, hari ini. - Foto Sairien Nafis
LAUTAN AIR ... Pemandangan kawasan perkampungan
yang dilanda banjir di daerah Kluang ketika tinjauan dari udara oleh
Skuadron Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk menghantar bekalan
makanan ke kawasan yang terputus hubungan, hari ini. - Foto BERNAMA
PINDAH...Penduduk sibuk menyelamatkan
barang-barang berharga mereka daripada hanyut dibawa arus ketika
tinjauan di Kampung Bukit Serok, hari ini. - Foto BERNAMA
KEADAAN sekitar pekan dan laluan kereta api yang
ditenggelami air sebelum ini sudah kembali pulih selepas air mulai
surut dan operasi harian berjalan seperti biasa di Kampung Paya Pulai
Segamat, hari ini. - Foto BERNAMA
SEBAIK saja tiba daripada lawatan rasmi ke Abu
Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Datuk Seri Najib Razak (gambar kecil)
terus memulakan tugas dengan membuat tinjauan udara sekitar kawasan
banjir di Segamat dan Labis, Johor, semalam. Najib turut melawat pusat
pemindahan banjir dan mengumumkan kerajaan memberi wang ihsan kepada
mangsa banjir seluruh negara. - Foto Effendy Rashid/BERNAMA
SEBUAH trak tentera yang digunakan untuk
memindahkan mangsa dan barangan terbalik ketika meredah banjir di jalan
Pekan Segamat, baru-baru ini. - Foto Mohd Yusni Ariffin
KEADAAN banjir di Segamat ketika membuat tinjauan udara, baru-baru ini. - Foto Effendy Rashid
TINJAUAN dari udara menunjukkan keadaan banjir di sekitar Segamat, Johor, hari ini. - Foto Effendy Rashid
KAKITANGAN Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
mengagihkan bantal kepada mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Asahan,
Jasin, berikutan banjir yang melanda seluruh negeri, baru-baru ini. -
Foto Rasul Azli Samad
HUJAN lebat sejak kelmarin menyebabkan kawasan
sekitar Bandar Alor Gajah dilanda banjir kilat mengakibatkan jambatan
Sungai Pengkalan di Kampung Pengkalan ditenggelami air. Keadaan itu
menyebabkan beribu-ribu pengguna jalan raya yang menuju ke Bandar Alor
Gajah, Masjid Tanah dan Bandar Melaka terpaksa berpatah balik selain
ramai yang terpaksa mengambil cuti kecemasan. - Foto Shukor Kasim
LUMPUH...Aktiviti harian penduduk daerah Segamat
terjejas akibat hujan berterusan yang mengakibatkan banjir teruk
melanda pekan itu, hari ini. - Foto Khairil Faizi Jamian
HUJAN yang berterusan mengakibatkan paras air
sungai meningkat mendadak sehingga ke tahap bahaya dan berlakunya banjir
di pekan Segamat, baru-baru ini. - Foto Khairil Faizi Jamian
SALAH seorang mangsa banjir, Zainudin Ahmid, 45,
berusaha memindahkan barangan elektrik di rumahnya yang ditenggelami
air di Kampung Gadek dekat Alor Gajah, baru-baru ini. - Foto Mohd Jamah
Nasri
ANGGOTA bomba dan penyelamat berusaha
menyelamatkan salah seorang penduduk yang terperangkap di rumahnya dalam
kejadian banjir yang melanda di Kampung Gadek dalam dekat Alor Gajah,
baru-baru ini.- Foto Mohd Jamah Nasri
ANGGOTA bomba dan penyelamat berusaha
menyelamatkan salah seorang penduduk warga emas, Sekdah Mamad, 76 yang
terperangkap di rumahnya di Kampung Gadek dalam dekat Alor Gajah,
baru-baru ini. - Foto Mohd Jamah Nasri
PENIAGA membersihkan premis perniagaan dan
mengasingkan barangan yang rosak dan kotor selepas banjir melanda Pekan
Labis, baru-baru ini. - Foto Sairien Nafis
PEMANDU kereta Perodua Kelisa memberanikan diri meredah air banjir di persimpangan Plaza Kota Tinggi, baru-baru ini. - Foto NSTP
ORANG ramai terpaksa menggunakan laluan kereta
api untuk ke Pekan Segamat ekoran jalan utama ke pekan berkenaan dinaiki
air akibat banjir. - Foto Mohd Yusni Ariffin
TENGGELAM...Banjir yang melanda Stesen Keretapi
Gemas hari ini lebih teruk berbanding 2006 sehingga menyebabkan
sebahagian besar laluan kereta api di sekitarnya ditenggelami air. -
Foto Owee Ah Chun
KEADAAN Kampung Bukit Asahan yang dilanda banjir
selepas hujan berterusan selama dua hari di Bukit Asahan, Asahan Jasin,
baru-baru ini. - Foto Rasul Azli Samad
OPERASI menyelamat mangsa banjir yang juga
pengundi oleh Jabatan Pertahan Awam di Ladang Voueles pada Pilihanraya
Kecil DUN Tenang, baru-baru ini. - Foto Sairien Nafis
ANTARA kenderaan yang terperangkap dalam
kesesakan akibat jalan di hadapan Balai Polis Tenang dinaiki air selepas
hujan lebat berterusan melanda Labis, baru-baru ini. - Foto Sairien
Nafis
PASUKAN keselamatan membantu memindahkan
penduduk menggunakan bot di Kampung Kangkar Tebrau selepas kampung itu
dilanda banjir semalam. - Foto Roslan Khamis
PELUMBA Le Tour De Langkawi 2011 (LTdL) terpaksa
meredah banjir ketika saingan peringkat ke-8 dari Kuala Pilah ke Jasin
sejauh 156.5 KM, baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment